Friday, 3 February 2012

Bercuti dengan korean stuffs

Assalamualaikum....

Satu bulan lebih bercuti ni memang agak boring bila tak dek buat apa-apa. Selain jadi orang gaji kat rumah, basuh baju, memasak dan kadang-kadang terlebih rajin cuba resepi terbaru, try-try masak ikut resepi kat internet.Ada yang menjadi ada yang tak menjadi. Perkara biasalah untuk orang yang baru nak mula try resepi baru..yea idok. Macam semalam try nak buat roti canai tapi last-last roti canai aku jadi capati yang rangup dah macam kerepek pun ada.Tapi bila cicah dengan kuah kari...wahhh...menjilat jari la jugak! Boleh la kan nak sumbat perut sendirik...Kalau nak kasi orang makan tu mau aku kena berguru dulu...harhahar...


Roti canai saya yang rangup...krupp krupp
Selain dari jadi orang gaji yang tak bertauliah, sempat lah jugak melayan drama-drama korea yang aku sempat copycat dari member aku punya roomate. Berlambak-lambak sampai aku pun dah tak larat nak tengok, bila tengok dah penuh satu file document pun dah kenyang mata (suka-suka hati buat ayat sendirik). Bila dah banyak-banyak macam tu, jadinya aku tengok tajuk-tajuk pun dah puas hati tak payah nak tengok cerita-cerita dia dah. Dari LIE TO ME tak sempat habis tengok aku pergi lompat tengok HEARTSTRING dari HEARTSTRING pun aku tak habes tengok lompat ke MISS RIPLEY, pastu lompat ke 49 DAYS (yang ni aku tengok sampai habes, tak suka ending dia), pastu lompat ke ME TOO FLOWER (suka gila tengok yoon si yoon...melted, tapi last-last aku pergi lompat cerita lain jugak sebab tiba-tiba rasa tak best pulak) dan sekarang ni tengah stick dengan cerita FLOWER BOY RAMYUN SHOP (melted tengok mamat yang jadi president RAMYUN SHOP, kelakar dan comel...suka suka...gedik)



49 days- lagi suka tengok watak dorang berdua dari yang lain-lain

Sape-sape pernah tengok baker of kim tak gu mesti akan rasa  mamat yoon shi yoon  ni cute sangat-sangat..hiks (gedik lagi...hiks)

Well...perempuan dan drama korea tak boleh dipisahkan...harharhar...suka-suka hati aku buat peribahasa baru. Tapi aku percayalah ramai gila girlgirl kat luar sana yang minat drama korea kan kan...Tapi kan aku rasa lately aku macam dah tak berapa fanatik dah kot (oh, dulu aku fanatik ke?). Pasal itulah aku dok skip-skip je, kalau dulu-dulu sure aku concentrate gila-gila lah, lau terlepas kejap sebab nak pergi toilet ke apa ke dan terlupa nak pause sure aku rewind balik bahagian yang aku terlepas tu...punya lah kan nak menghayati drama tuh...ish ish...tapi sekarang aku tak kisah, kekadang aku skip je bahagian-bahagian yang terlalu meleret....(see see aku dah tak fanatik dah)...


Selain dari drama korea dan k-pop ada something else yang lagi fun...dorang punya reality show...gila lah best..WE GOT MARRIED, HELLO BABY, FAMILY OUTING dan yang tengah femes amos sekarang RUNNING MAN...bila tengok reality show dorang kan mau rasa nak pecah perut gelak. Sangat kelakar dan sempoi je dorang. Walaupun dorang tu retis tapi dorang tak kisah pun main game-game yang boleh menghilangkan kehenseman atau keretisan dorang tu (kalau cikgu bahasa melayu sekolah rendah aku baca ayat ni mau dia cakap saya kecewa dengan awak MP T_T....haruuuu)...memang sporting habes lah dorang. Aku ingat lagi senior tahun akhir yang satu bilik dengan aku sanggup jadi burung hantu layan RUNNING MAN nih...pastu dia gelak punya lah bahagia...buat aku jeles je.. nak je aku pergi HEP buat permohonan nak buat short course semata-mata nak jadi senior tahun akhir lepas tu boleh la aku gelak balik kat junior-junior aku sambil tengok RUNNING MAN...bhaaahaha...mau kena pelangkung (lagipun course aku mana boleh buat short course pun...harharhar mau kena pelangkung dengan HEP)
Dalam family outing selalu aje ada adegan buli membuli dan selalu lee hyori yang femes tu kena kutuk abes-abes  dan baru tau yang lee hyori ni perangai dia sangat gila-gila...sakit perut je gelak...harhar...


Running man ni sangat-sangat kelakar dorang sanggup buat apa saja untuk menang...dan  baru tau artis-artis yang femes termasuklah geng-geng k-pop sangat sporting habes lah
Okeh, itulah korean stuffs yang menemani saya selain dari dissertation ku..uhukk...okeh dissertation...i'm back to you...T_T


p/s : sumber gambar-gambar korean stuff thanks untuk google ajusshi





No comments:

Post a Comment