Monday, 20 February 2012

Aku trauma bila nampak dia


Pagi kelmarin sedang aku khusyuk melayan cik-cik pinggan mangkuk di sinki tiba-tiba aku ternampak kelibat dia di sebalik tingkap. Aku yang mula hendak menyental kuali tiba-tiba tergamam. Tergamam, tidak terkata-kata. Walaupun sudah lama aku tidak berjumpa dengan dia tapi tidak bermakna aku mahu berjumpa dengan dia pada saat-saat aku sedang membuat house chores. Bukanlah bermakna aku nak tunjuk rajin depan dia. Aku memang tak suka dia datang. Bila nampak dia aku akan tersentap, tergamam, tertrauma untuk beberapa hari dan macam-macam ter lagi. So, buat dia, aku ada pesanan di sini...Kalau kau pandai baca, baca lah yea, kalau tak pandai baca tak payah ngengada nak suruh aku ajar kau. Tengok kau je pun dah buat aku nak terkaku apatah lagi nak suruh aku ngajor harus pengsan aku di situ...Hew Hew...

Buat Mr. S 

Aku tau kau suka jalan-jalan tapi tolong la jangan jenjalan kat area rumah aku...
Aku tau kau jadi rebutan sebab kau boleh lah di katakan comel oleh orang yang sukakan kau
Aku tau kau femes selalu femes kuar masuk tv, masuk magazine cuma belum keluar di corong radio je lagi..(harus bagaimanalah kalau kau keluar di corong radio kan...harhar..)

Tapi aku sungguh tak boleh terima kehadiran kau..huhu (sungguh tak tipu pun)
Aku tak tau sejak bila aku jadi trauma tengok kau..
Mungkin sejak hari pertama kita berjumpa (kat mana eh?)
Tah dah lupa bila first time kita jumpa..
Tak perlu ingat pun kan..
Pernah aku ternampak gambar kau yang sedang berposing konon comel kat dalam majalah yang adik aku pinjam dari kawan dia terus aku tersentap dan dengan tidak sengaja aku telah terkoyakkan magazine tuh...
Mau kena gelak dengan kawan adik aku dan sekaligus kena perli dengan adik aku dengan kata-kata
"hek eleh tu pun nak sentap"

Mr. S
izinkan aku exposekan gambo kau kat sini yea...



Yea..Mr.Snake crackers oat...
Silalah jangan menunjukkan rupa anda pada aku lagi. Aku tak sanggup nak tengok. Di ulangi aku bisa heart attack.
Kalau satu hari nanti aku pergi rombongan lawatan ke zoo janganlah kau harap aku nak datang melawat kau...(harap kau tak kecik ati lah yea)
Mungkin kau comel bak kata adik aku...
Tapi tidak bagiku...uhukk....


sekian...











No comments:

Post a Comment