Saturday, 3 December 2011

B1A4 dan si kembar~~

Assalamualaikum........ =)

Selalu kan aku rasa blog ni asyik citer perkara-perkara yang stress jer... sekali sekala jom kita enjoy dengan K-POP.....Wuhuuuuuuuuuuuu....~~~

Sebelum tu, aku nak buat pengakuan, Aku sebenarnya adalah peminat KOREAN'S...EVERYTHING ABOUT KOREAN, DRAMA, K-POP....DRAMA BALIK, DAN K-POP...DRAMA, DRAMA DAN DRAMA LAGI....sejak f0rm 3 sampai lah umur 23 tahun ni,memang minat sangat2 lah....minat ketat-ketat...kalau drama tu kadang-kadang, tak payah tengok subtitle dah boleh paham dah apa yang dorang cakap...

Kalau K-pop, aku paling suka 2PM, SHINEE, GIRL'S GENERATION, SUJU, B1A4, INFINATE, CN BLUE, FT ISLAND n ramai lagi lah, tapi paling suka 2PM...hikhikhik...sebab dorang very the man.....




TAPI.......

Rupa-rupanya ada lagi orang-orang yang lagi dasyat dari aku...

sampai sanggup pergi berhimpit-himpit, bersempit-sempit pergi sambut K-POP idol ni kat airport..yelah, semalam kan SUJU, B1A4, MISS A n sape lagi entah yang datang ke MALAYSIA untuk konsert dorang...malam ni konsert dorang dan malam ni jugak lah dorang akan balik....aku tak tahu pun pasal kedatangan dorang kat Malaysia semalam, thank t0 kembar yang fanatik giler dengan B1A4 ni...haissshhh...unnie pening tengok korang.....

Ceritanya pasal si kembar ni, semalam dorang pergi airport nak sambut B1A4, siap bawak hadiah dan sepanduk comel dengan tulisan korea lagi....terbaek lah!...Tapi yang sedihnya, dorang dengan peminat-peminat B1A4 yang lain, tunggu punya tunggu, tiba-tiba dapat info yang B1A4 dah sampai kat hotel...HAISHH...sedih giler sampai nangis2 pulak dorang..... 

Tadi lepas habis kelas korea~~ehem...pembetulan~~ktorang pergi kelas tu, tapi bila sampai sana dapat mesej kelas di batalkan sebab seongsenim ada hal...apa ni seongsenim, saya dah semangat nak pergi kelas tau, dah la saya ni student baru, pulak tu minggu lepas saya dah semangat nak pergi kelas korea, seongsenim cakap batal jugak....apa ni, apa ni semua seongsenim...saya sangat2 merajuk dengan seongsenim....dah la seongsenim!! ehem....

Sambung cerita si kembar tadi, dalam perjalanan nak balik ke kolej tadi,si kembar ni asyik gaduh jer...semuanya pasal B1A4...dorang nak pergi jumpa B1A4 lagi malam ni, nak hantar B1A4 balik ke korea kat airport...hadoi...unnie pening lagi....aishah...aini...unnie pun dah tertukar mana satu aishah mana satu aini, muka sama, suara pun sama.... make unnie lagi pening....y0u all sangat terbaek lah, bikin unnie ternganga..hikhikhik.....

Dan...aishah dan aini, jadi tak korang pergi hantar B1A4 mlm ni? Papehal update kat unnie yea, unnie suka dengar cerita korang...=)


Tapi aku percaya, kat luar sana memang ramai gila peminat k-pop, gila-gila ramai...tapi untuk peminat k-pop macam kitorang ( eh, aku pun termasuk jugak ker? weh2, aku pun peminat k-pop apa) satu jer nak mintak...sape-sape artis Malaysia yang nak tiru k-pop, lupakan je lah lau tak dek talent macam dorang...dorang dah hebat sebagai dorang...tak perlu lah nak buat market macam dorang...kita pun boleh jadi hebat kalau tak tiru dorang...INDIE BAND MALAYSIA hebat ape!! So, kekal lah sebagai apa yang kita dah ada...tak payah nak kawai sangat lah! Kalau nak tiru, baik tiru benda yang boleh membangunkan bangsa...0KAY...PAPEPUN MALAYSIA STILL THE BEST! KALAU DAH TIRU MANA NAK BEST LAGI...YE TAK?

OKAY, Sebelum aku melalut dan menyimpang ke jalan yang bengkang bengkok, jom kita layannnn MV B1A4....(lompat-lompat sambil tepuk tangan dan sila buat muka comel, sebab dorang sangat comel)













~~~video yang walaupun tengok banyak-banyak kali tapi tak pernah bosan~~~KYEopTA >__<













No comments:

Post a Comment