Sunday, 2 October 2011

Dia Benci Aku?

Aku gembira kami boleh berkenalan dan jadi kawan yang baik. Ke mana sahaja pergi mesti selalu happy. Gembira sangat-sangat tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. Tapi satu hari kami singgah kat satu kedai ni bersama-sama kawan-kawan yang lain. Entah apa yang pakcik dan makcik kedai tu cakap yang buat kami sangat-sangat gembira dan tak habis-habis tergelak. Muka kami semua masa tu tak lekang dengan senyuman dan tertawa. Dia yang berdiri sebelah aku juga turut sama tergelak besar.

Tapi tiba-tiba sahaja dia pegang dada dia dan aku terkejut bila tengok dia mula sesak nafas. Dia cuba keluarkan sesuatu dari poket dia lalu dia rebah ke tanah. Aku terkejut besar. Aku yang berdiri di sebelah dia cepat-cepat memegangnya dan dia menghulurkan satu botol kecik yang kosong. UBAT??
Aku yang sejak mula telah panik, bertambah panik.

"Ubat awak dah habis ni" kawan-kawan yang lain juga panik. Tapi aku terlebih dahulu mengambil botol ubat yang kosong dan terus berlari mahu ke klinik berdekatan. Aku melintas jalan raya yang sedang sibuk. Aku hampir-hampir di langgar kereta, tapi fikiran aku masa tu tak fikir pun pasal bahaya ni, aku terus melintas jalan walaupun bunyi hon bertalu-talu seolah-olah memaki aku yang otak dah letak kat mana masa tu.

Sesampai saja kat klinik aku cepat-cepat paksa doktor dan pembantu klinik di situ sediakan ubat yang sama seperti label pada botol kosong itu. Dalam masa yang sama aku semakin risau. Macam mana lah keadaan dia kat sana. Mintak-minta dia tak de pape Ya Allah.....

Setelah aku dapatkan ubat itu, aku segera keluar dari klinik itu. Aku cepat-cepat berjalan sebelum aku terdengar satu suara yang aku kenal memanggil aku.

Aku ternampak dia dan seorang kawan perempuan kami bersandar pada kereta yang di parking berdekatan dengan klinik. Aku terhenti. Seolah-olah tak percaya dia ada kat situ dalam keadaan sihat walafiat. Dan dia sedang tertawa bersama-sama kawan perempuan kami di sisi kereta sambil memeluk tubuh.

"Hahahaha...laju betul dia ni berlari tadi" Dia mengejek aku. Tangan aku yang kejap memegang botol ubat tadi menjadi longlai. Mereka main-mainkan aku kah? Kenapa? Adakah sikap aku tadi sangat sangat lucu? Aku masih memandang mereka dengan perasaan yang sangat-sangat kecewa. Tanpa berkata apa-apa aku berlalu dari situ dengan sebak.


Dia memandang aku pergi. Ketawa nya mati di situ. Kawan perempuan memandang dia. Dia mahu mengejar aku tapi kawan perempuan kami menahannya supaya tidak pergi.

Ah, bodoh!!!!Bodoh gila!!!kenapalah aku boleh percaya yang dia sakit tadi. Kenapa aku beria-ria nak selamatkan dia. Kalau aku kena langgar kereta tadi bukankah sia-sia je, dah la aku ni clumsy gila!!!Benci!Benci!Benci!!!!


Dushhhhhh....Hayakkkkk...

Adehhhh....sob sob sob....cis aku mimpi lagi!!!!???? Arghhh...dah kali ke berapa aku mimpi pasal dia ni lagi. Nasib baik tu semua hanya mimpi je. Kalau betul-betul tak ke malu gila kot. Aduhhhh....sorry again!!Saya mimpikan awak lagi!Tak terniat pun. Adakah saya betul-betul sukakan awak?Saya sendiri pun tak tahu. Saya tak tahu saya sangat-sangat sukakan awak atau suka saya kat awak tak lebih atau tak kurang. Saya betul-betul tak pasti. Tapi berdasarkan hati saya yang masih keras macam batu ni, saya rasa saya masih di dalam kategori ke dua. Saya still sukakan awak...tak lebih dan tak kurang!!Yeah...dan saya tahu yang hati saya masih lagi hidup.

Tapi saya tak faham yang last part tu, awak nak kejar saya? Hmmmm...adakah di alam realiti saya harap awak jugak sukakan saya? Harap-harap saya tak berfikir macam tu!Sebab saya tak suka berharap, 0kay!! Cukuplah yang saya tahu saya sukakan awak!
 I WAS ALREADY HAPPY TO HEAR THAT MY HEART STILL ALIVE.....;)

No comments:

Post a Comment