Saturday, 28 June 2014

Ramadhan datang lagi

Ramadhan datang lagi
Tarikh berbeza
Takkan sama macam sebelum-sebelum ini
Setiap Ramadhan jalan cerita dia berbeza..
Suasananya bertukar
Mungkin kita bersama dalam Ramadhan ini dengan orang yang sama.
Mungkin juga dengan orang yang berbeza
Tapi walau apa pun perbezaannya
Ramadhan takkan pernah menghampakan orang-orang yang merinduinya..
Jadi janganlah kita menjadi orang yang hampa di kemudian hari...

Kumpul banyak-banyak amalan yang baik di bulan Ramadhan dan sabar di dalamnya ibarat kumpul kekuatan untuk bulan-bulan yang seterusnya..insha Allah..

Let's celebrate Ramadhan dengan penuh keberkatan dariNYA..

MAY ALLAH SWT EASE OUR JOURNEY IN RAMADHAN AND AFTER RAMADHAN.

MAY ALLAH SWT BLESS US ALL..

*Selamat Datang Ramadhan. Sungguh kami merinduimu..*♡♡

Sunday, 22 June 2014

Friend

Dia satu dalam 1000.
Kita dulu sama-sama jalan atas duri, jerlus dalam pasir, kongsi rasa sakit bila jatuh atas jalan berbatu.

Itu dulu.

Sekarang lain.

Bila dekat semua rasa lain, janggal.

Cakap masing-masing pun dah mula nampak ego.

Konon dah matang.

Masing-masing suka kalau dapat sakitkan hati masing-masing.

Mungkin siap buat komplot jahat dengan yang lain.

Dulu semua benda buruk pasal masing-masing cuma anggap "alah, buruk saya dia terima, buruk dia apalah sangat"


Itu dulu.


Sekarang.


Benda kecik punya hal pun dah nampak besar macam gajah.


Astaghfirullahalazim



Dua-dua terduduk di satu sudut lain-lain.


Dia cakap sendiri " apa salah aku?"

Dia yang lain terfikir sendiri " ini bukan apa yang aku nak"


Satu hari dia pergi.

Tinggalkan nota bawah pintu.


Aku mungkin benci kau yang sekarang. Benci sampai rasa menyampah nak tengok muka kau dah. Tapi aku lagi benci bila aku lagi rindu kita yang dulu.


Aku pergi kali ni bukan sebab aku dah menyampah sampai tak sanggup pandang pintu bilik kau pun.


Tapi sebab bila satu hari nanti kita jumpa lagi aku boleh peluk kau ketat-ketat dan cakap aku rindu kau.


Untuk perpisahan ini, aku mahu cakap. Aku minta maaf sebanyak pasir di pantai. Dan maaf sebab aku bukan lagi kawan yang pernah buat kau rasa untuk pertahankan dia macam dulu.


Aku rasa kita patut jauh supaya kita tak lagi saling membenci.


Ikhlas,
Dari hati



Dia terduduk. Bila baca nota ini dia yakin.

Rupanya mereka yang dahulu terperangkap dalam ego sendiri.

Dia tutup pintu.


Rindu mula muncul dalam hati.


**cerpen?


Saturday, 24 May 2014

Istighfar



Assalamualaikum...



She wakes up that morning. Standing in front of the mirror hanging on the wall. She said

"What is wrong? Seems everything is so perfect. But why everything feel so blunt?"


No answer.


Seek forgiveness from Allah.

Istighfar.










Sunday, 30 March 2014

Senyum tak senyum

Assalamualaikum...


Discuss with my manager about my works then datang big boss

''Hey, Nadia''

Hah, apahal pulak ni?Aku pandang dia. Pelik.

"I never see u smile lah"

Haha. Aku gelak. Dah kenapa tiba-tiba.

"She is too serious lah" dia bagitahu manager aku.

Aku?

"Hah, yeke?"

My manager yang takda perasaan pandang aku dan big bos silih berganti sambil sengih.


Lepas big boss pergi kami berdua berbincang dengan serious.

Ok. Aku rasa aku tahu kenapa aku begitu serious. Bai.











Saturday, 8 March 2014

Let's Pray



Assalamualaikum....





Stop cursing, people!!
Just pray!!

Di sinilah iman kita jua di uji sebenarnya.

Let's pray for them wahai hamba-hamba Allah s.w.t yang di redhaiNya sekalian.









Tuesday, 28 January 2014

Apa ada dengan kita

Assalamualaikum...

Apa ada dengan kita andai tak pernah menyangka ujian yang di rasakan susah, perit, jerih, pahit yang kita rasa mungkin tiada lagi ruang dan peluang untuk hari esok tapi sebenarnya adalah jalan bahagia yang kita tak sedar wujud untuk kita..

Pahit membenih
Manis di tuai

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

Apa ada dengan kita...

Kita sebenarnya tak punya apa-apa melainkan ada DIA



Sunday, 27 October 2013

Lebih Baik

Assalamualaikum...

Sedar yang hidup ini setiap langkah takkan mungkin penuh dengan bunga-bunga bahagia, yang hanya buat kita tersenyum, tertawa sepanjang jalan...

Sedar yang hidup ini penuh dengan ujian...

Bila namanya ujian, orang fikir kita hanya akan menangis..impak dari ujian..

taklah...gembira pun ujian apa...ketawa?

Tapi di daerah ini...terdampar keseorangan kesan dari pilih jalan yang berbeza...

(refer to the road not taken (the poem: poem yang selalu ada kena mengena dengan pilihan antara dua persimpangan)

Tapi hasil dia lead to several kebaikan yang tak di sangka-sangka sebelum ni...

Di daerah ini...aku belajar banyak benda...

Banyak perkara yang nampak susah mula-mula, tapi ibarat setelah gelap datangnya cahaya...

Datang kat sini tak pernah buat aku menyesal...sebab...kerana di sinilah...aku bakal berpindah ke sana balik, seolah-olah pulang ke tempat asal. Ke tempat yang memang aku inginkan sebelum ni.


Sedar...yang kat mana-mana kaki ini berdiri dan memulakan langkah, ujian tetap takkan pernah berhenti...

Cuma doa aku...semoga setiap ujian bakal buat diri aku lebih baik. Lebih baik bukan hanya untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain. Demi Allah...Demi untuk mendapatkan redhanya...

Percayalah, walaupun bukan ini yang aku nak...tapi rasanya tetap manis. SubhanaAllah.